Minyak Masak Jenama Asri Berstatus Tidak Halal?

TULAR:
88554

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya produk minyak masak berjenama Asri merupakan keluaran syarikat Leong Hup dan berstatus tidak halal.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Bahagian Hab Halal, JAKIM:

Produk minyak masak jenama Asri bukan keluaran Syarikat Leong Hup sebagaimana yang ditularkan. Produk tersebut merupakan keluaran Syarikat Asri Vegetable Oil Products Sdn Bhd dan merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI