Mesej Kononnya Kementerian Komunikasi Bekerjasama Dengan Operator Rangkaian Akan Memberikan Kuota Internet Sebanyak 100GB Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-64 Adalah Tidak Benar

TULAR:
1357

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Malaysia:

Terdapat mesej tular yang menggunakan logo Jabatan Penerangan Malaysia telah disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp dengan menyatakan bahawa;

“Pada Hari Kebangsaan 31 Ogos, untuk memperingati ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-64, The Ministry of Communications and Information cooperated with cellular network operators to provide free 100GB Internet data quota from August 01 to December 31.

Accept conditions:
1.You are a citizen of Malaysia
2.The mobile phone number is Malaysia network operator
3.Invalid recharge after December 31

https://cutt.ly/hQM1878”

Mesej yang ditularkan dalam aplikasi WhatsApp ini adalah palsu dan tidak benar.
Jabatan Penerangan Malaysia tidak pernah mengeluarkan apa-apa perkongsian berkaitan perkara tersebut.

Dimohon untuk tidak menyebarkan berita palsu seperti ini. Pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana menyebarkan berita yang tidak benar di media sosial.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI