Dakwaan Kononnya MCMC Sekat Akses Artikel-Artikel Terbitan Portal Luar Negara Adalah Tidak Benar

TULAR:
584

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

MCMC menafikan dakwaan berhubung satu mesej di aplikasi WhatsApp kononnya akses kepada artikel-artikel terbitan portal berita luar negara seperti Nikkei Asia, Yahoo News!, Reuters, Al-Jazeera, The Guardian dan Washington Post telah disekat oleh pihak Suruhanjaya.

Hasil penelitian MCMC mendapati, pautan-pautan (URL) yang dimaksudkan sama ada secara sengaja atau kebetulan telah diubah suai atau dipendekkan. Tindakan itu sekaligus menyebabkan sebarang klik ke atas pautan-pautan tersebut akan membawa pengguna ke halaman yang menunjukkan seolah-olah artikel yang dimaksudkan tidak lagi wujud.

Penelitian tersebut turut mendapati bahawa artikel-artikel berkenaan masih wujud, boleh diakses dan tidak dipadamkan atau diturunkan oleh portal-portal berita berkenaan, sebagaimana yang didakwa. Ini jelas menunjukkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat untuk mengelirukan pengguna internet di Malaysia.

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI