Mesej Tular Yang Mendakwa 2 Penumpang Dalam Satu Kereta Dikenakan Kompaun Adalah Tidak Tepat

TULAR:
12915

SEBENARNYA:

Menurut Polis Daerah Penampang:

Polis Daerah Penampang terkesan satu mesej tular menerusi platform media sosial dan aplikasi whatsapp mengenai kompaun yang dikenakan terhadap individu yang ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Daerah Penampang.

Menerusi mesej yang ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyatakan:

‘saman dalam kereta dua (2) penumpang tapi tidak jaga jarak.. rupanya kalau dua orang dalam kereta penumpang kena duduk di belakang tepi bukan di depan atau belakang pemandu, start sdh kena kuatkuasakan ni’.

Polis Penampang ingin menegaskan bahawa info yang terkandung di dalam mesej yang ditularkan adalah tidak tepat dan tiada kaitan dengan imej kompaun tersebut.

Imej kompaun yang dikeluarkan oleh IPD Penampang adalah berkaitan dengan kesalahan yang dikenakan terhadap tiga (3) individu yang menaiki sebuah kenderaan dari satu lokasi yang ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Penampang -Papar pada 16 Oktober 2020 dan ianya adalah satu kesalahan kerana tidak patuh kepada SOP PKPB yang dikeluarkan iaitu hanya dua (2) sahaja dibenarkan dalam kenderaan.

Ketiga -tiga Individu tersebut telah dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Daerah Penampang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI