Tiada Larangan Rentas Negeri Di Melaka

TULAR:
2468

SEBENARNYA:

Menurut siaran media Pejabat Ketua Menteri Melaka:

Merujuk kepada laporan berita yang tular di media sosial, yang mendakwa seluruh Negeri Melaka dikenakan kawalan rentas negeri bermula tengah malam hari ini (21 Oktober 2020), ingin ditegaskan bahawa kandungan berita itu adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

Ingin ditegaskan juga bahawa YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang dilaporkan atau ditularkan.

Dalam keadaan semasa pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan di seluruh negara termasuk di Negeri Melaka dengan peningkatan kes jangkitan positif setiap hari, orang ramai dinasihat supaya tidak menyiarkan sebarang berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan, kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Melaka

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Facebook Rasmi Polis Melaka


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI