Tiada Wad Yang Ditutup Dan Hanya 8 Anggota Perubatan Positif COVID-19 Di Hospital Melaka

TULAR:
1647

Menurut Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Melaka:

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka ingin merujuk kepada mesej tular yang disebar melalui aplikasi WhatsApp berhubung penularan COVID-19 di Hospital Melaka.

Untuk makluman, Hospital Melaka adalah hospital rujukan COVID-19 di seluruh negeri Melaka. Pada masa ini sebanyak 30 kes pesakit COVID-19 yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.

Berhubung dengan penutupan Wad 1-1 di Hospital Melaka, adalah dimaklumkan bahawa tiada wad yang sedang ditutup di Hospital Melaka. Sebaliknya Hospital Melaka mengambil langkah mengawal pergerakan di semua wad-wad di Hospital Melaka. Langkah ini adalah bagi mengurangkan risiko kebolehjangkitan wabak COVID-19.

Kenyataan mengenai 11 kakitangan Hospital Melaka yang dijangkiti COVID-19 dikuarantin adalah tidak benar. Sebaliknya, lapan (8) anggota perubatan Hospital Melaka didapati positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka. Kontak rapat kepada mereka telah disaring dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah, bukannya di hospital.

Perkhidmatan di Hospital Melaka tidak terjejas dan diteruskan dengan pematuhan pada Prosedur Operasi Standard (SOP).

SUMBER:

Facebook Rasmi JKN Melaka


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI