Bukan Kes COVID-19, Tetapi Mengalami Sakit Dada

TULAR:
2153

SEBENARNYA:

Kejadian lelaki diusung petugas kesihatan lengkap memakai Pakaian Pelindung Diri (PPE) di Restoran DJ Nasi Kandar Lumut di sini, bukan pesakit Covid-19, seperti tular di media sosial.

Pemilik restoran berkenaan, Dulkibali Jamaludin, 45, berkata, sebaliknya mangsa berusia 50-an itu mengadu sakit dada ketika dia bersama isteri dan anak mereka menjamu selera di restorannya.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari dan isteri mangsa meminta bantuan pekerja restoran menghubungi pasukan perubatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kehadiran kakitangan hospital lengkap memakai PPE adalah mengikut SOP susulan wabak Covid-19.

Nor Omar berkata, tindakan menyebarkan berita palsu boleh diambil mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI