PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa mesin pengeluaran automatik (ATM) BSN cawangan Jalan Tun Razak, Alor Setar mengeluarkan wang sebanyak RM500 secara tiba-tiba.
SEBENARNYA :
Bank Simpanan Nasional (BSN) menafikan dakwaan mesin pengeluaran wangnya di BSN cawangan Jalan Tun Razak, Alor Setar mengeluarkan wang sebanyak RM500 secara tiba-tiba.
BSN dalam satu kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan telah menjalankan siasatan yang terperinci terhadap perkara berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang, Kedah.
Menurut kenyataan tersebut, “Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati bahawa masalah itu timbul disebabkan oleh kecuaian seorang pelanggan tertinggal kad pintar BSN miliknya secara tidak sengaja selepas membuat transaksi pemindahan wang. Akibatnya individu lain mengambil kesempatan mengeluarkan wang menerusi mesin yang sama.”