Jualan Kereta Murah Luar Biasa Di JPJ Perak?

TULAR:
721

PENJELASAN :

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperjelaskan dakwaan bahawa JPJ akan menganjurkan program lelongan ‘luar biasa’ yang melibatkan 51 kenderaaan pelbagai jenama dengan lelongan harga yang murah dan bawah RM50,000 sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

JPJ menafikan adanya lelongan ‘luar biasa’ melibatkan 51 kenderaan pelbagai jenama di Pejabat JPJ Negeri Perak.

JPJ berkata maklumat jumlah dan jenis kenderaan yang disebarkan adalah tidak benar sebaliknya JPJ Perak hanya membuat lelongan terhadap 26 motosikal dan 11 kereta seperti yang disiarkan dalam akhbar utama tempatan sebelum ini.

SUMBER :

Bernama

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI