Mesin ATM BSN Keluarkan Wang Secara Tiba-Tiba?

TULAR:
813

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa mesin pengeluaran automatik (ATM) BSN cawangan Jalan Tun Razak, Alor Setar mengeluarkan wang sebanyak RM500 secara tiba-tiba.

 

Sumber gambar: Sinar Harian

SEBENARNYA :

Bank Simpanan Nasional (BSN) menafikan dakwaan mesin pengeluaran wangnya di BSN cawangan Jalan Tun Razak, Alor Setar mengeluarkan wang sebanyak RM500 secara tiba-tiba.

BSN  dalam satu kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan telah menjalankan siasatan yang terperinci terhadap perkara berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang, Kedah.

Menurut kenyataan tersebut, “Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati bahawa masalah itu timbul  disebabkan oleh kecuaian seorang pelanggan tertinggal  kad  pintar BSN miliknya secara tidak sengaja selepas membuat transaksi pemindahan wang. Akibatnya individu lain mengambil kesempatan  mengeluarkan wang menerusi mesin yang sama.”

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI