Gajah Mengamuk Di Jeli?

TULAR:
502

PALSU :

Tular di media sosial bahawa terdapat sekumpulan gajah yang ‘naik angin’ dan menyerang lima hingga enam buah kereta sehingga membawa kematian di sekitar kawasan tepi jalan raya Jeli-Gerik.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA :

Tiada insiden gajah menyerang lima hingga enam kereta di Jalan Jeli-Gerik seperti yang tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Bazri Abdul Rahman menyangkal dakwaan mengenai amukan gajah tersebut. Beliau berkata, “Kes kemalangan jalan raya yang disebarkan berlaku pada Aidilfitri kedua disebabkan jalan licin akibat hujan di kawasan berkenaan. Tiada kaitan dengan gajah,”

 

SUMBER :

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI