SPAD Menyita Kereta Dan Menggari Pemandu Teksi Dalam Operasi Di Sungai Petani?

TULAR:
588

PALSU:

Tular di media sosial beberapa gambar yang mendakwa pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menahan dan menggari beberapa orang lelaki yang kononya pemandu teksi serta kereta mereka disita dalam satu operasi di Sungai Petani, Kedah.

Sumber: Facebook.

SEBENARNYA:

SPAD Wilayah Utara menafikan dakwaan pemandu teksi ditahan dan digari dalam satu operasi di Sungai Petani.

Ketua Penguatkuasanya, Mejar (B) Ahmad Zaidi Shuib berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan sengaja dilakukan pihak tertentu.

“Gambar yang viral di laman sosial kononnya pemandu teksi digari dan kereta mereka disita di Sungai Petani tidak benar sama sekali. Sebaliknya mereka yang digari bukan pemandu teksi tetapi ulat tiket yang ditahan dalam satu operasi di Terminal Larkin, Johor.”

Menurutnya, beberapa ulat tiket itu terpaksa digari kerana dipercayai cuba bertindak ganas dan mencederakan pegawai penguatkuasa SPAD yang bertugas.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI