Kerajaan Akan Tutup Laman Sosial?

TULAR:
185

PALSU :

Tular di laman sosial dakwaan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengumumkan akan mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu.

Sumber gambar : Mstar

SEBENARNYA :

KKMM menafikan dakwaan bahawa kerajaan akan menyekat beberapa laman sosial di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan individu yang menyebarkan dakwaan tersebut tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap negara.

“Jangan bimbang bahawa Facebook, Twitter dan laman-laman sosial lain takkan ditutup. Jangan percaya dengan sebaran itu sama sekali,” katanya.

SUMBER :

Facebook KKMM

Astro Awani

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI