Milo Tiruan Di Pasaran?

TULAR:
993

PENJELASAN :

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan isu penularan video melalui media sosial berkaitan dakwaan terdapat MILO tiruan di pasaran.

Sumber gambar : Youtube

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memandang serius isu penularan video melalui media sosial berkaitan dakwaan terdapat MILO tiruan di pasaran.

Sehubungan itu KPDNKK ingin menjelaskan bahawa, kes yang ditular tersebut adalah kes lama yang berlaku pada 13 Mac 2015 di Negeri Sembilan.

Kes tersebut adalah berkaitan Penggunaan Suatu Perihal Dagangan Palsu berhubungan dengan cap dagangan berdaftar bagi cap dagang MILO dan kes tersebut telah diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan.

Sehubungan itu, KPDNKK menasihatkan pengguna agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat dan jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan.

SUMBER : 

Bernama
MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI