Waspada Produk Kosmetik Yang Mengandungi Racun Berjadual

TULAR:
1056

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan beberapa produk kosmetik yang didapati mengandungi racun berjadual yang mampu memberikan kesan mudarat jika digunakan.

Sumber gambar : Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai agar mengelakkan dari membeli dan menggunakan beberapa produk kosmetik yang didapati mengandungi racun berjadual yang mampu memberikan kesan mudarat jika digunakan.

Kementerian itu berkata tujuh jenis produk yang dikenal pasti itu dipercayai mengandungi bahan beracun seperti hydroquinone, tretinoin dan merkuri.

Susulan itu, notifikasi berkaitan produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM  berikutan  pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

SUMBER: 

Kementerian Kesihatan Malaysia 

Astro Awani

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI