PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa harga minyak petrol akan meningkat pada Ogos 2015.
SEBENARNYA :
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perubahan harga baharu petrol dan diesel bagi Ogos 2015 seperti yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp.
Menurut KPDNKK, “Untuk makluman, pihak KPDNKK tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan perubahan harga baru petrol dan diesel setiap bulan. Kenyataan harga minyak petrol dan diesel bagi bulan Ogos yang kononnya dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha KPDNKK seperti yang tersebar di laman sosial serta aplikasi WhatsApp adalah tidak benar”.
SUMBER :