Minyak Masak Kitar Semula Di Pasaran?

TULAR:
1510
Sumber gambar :

PALSU:

Tular di media sosial yang dakwaan bahawa terdapat lambakan minyak masak kitar semula di pasaran.

Sumber gambar: Sinar Harian

SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan dalam beberapa akhbar yang memetik bahawa KKM akan mengarahkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan pemeriksaan terhadap minyak masak paket bersubsidi bagi memastikan hanya minyak sawit yang dijual dan bukan minyak masak kitar semula. Pemeriksaan tersebut dilakukan bagi menjamin keselamatan pengguna selain memastikan tiada penipuan penjualan minyak masak kitar semula.

Sejak tahun 2015 sehingga kini, KKM telah menjalankan pemeriksaan terhadap kesemua 214 premis pembungkus minyak masak (repacker) termasuk minyak masak dalam paket dan mendapati tiada bukti premis-premis tersebut ada memproses atau membungkus minyak masak kitar semula. Hasil pemeriksaan ke atas 33,352 premis outlet makanan juga mendapati kesemua premis tersebut tidak menggunakan minyak masak kitar semula.

SUMBER:

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI