Susu Mentah Sihat Diminum Terus Tanpa Pasteurisasi?

TULAR:
961

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa promosi susu mentah yang tidak dikenakan perlakuan haba atau pasteurisasi dengan menyatakan kawalan rantaian sejuk adalah dikekalkan dan susu tersebut adalah selamat  untuk diminum terus.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan  bahawa  meminum susu mentah termasuk susu lembu dan kambing tanpa perlakuan haba seperti pendidihan atau pempasteuran boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami jangkitan penyakit seperti bovine tuberculosis (bovine TB) dan brucellosis kerana susu mentah boleh mengandungi bakteria  berbahaya seperti mycobacterium bovis dan brucella.  Di samping itu juga, meminum susu unta mentah tanpa perlakuan haba seperti pempasteuran disyaki menjadi punca jangkitan penyakit Middle East Respiratory Syndrome (MERS) dalam beberapa kes kerana susu mentah berkenaan berkemungkinan mengandungi virus MERS-CoV. Penyakit-penyakit ini boleh membawa maut.

Penjualan susu mentah tanpa perlakuan haba adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 51(1A), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan  2009, Akta Makanan 1983 yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2016 dan sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun.

SUMBER :

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI