PALSU:
Tular di media sosial spekulasi yang mendakwa kononnya Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz akan menggantikan tempat YB Dr. Maszlee , bekas Menteri Pendidikan Malaysia.
SEBENARNYA:
Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz ketika dihubungi oleh pihak Sinar Harian berkata, bahawa spekulasi yang disebarkan di platform media sosial sejak beberapa hari yang lalu adalah palsu dan tidak benar.