PALSU:
Hangat diperkatakan di media sosial bahawa negeri Kedah pernah menganugerahkan gelaran ‘Datuk Seri’ kepada individu yang didakwa kerana memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
SEBENARNYA:
Menurut Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah, Negeri Kedah tidak pernah menganugerahkan gelaran ‘Datuk Seri’ kepada individu yang didakwa kerana memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Menurut beliau gelaran tersebut hanya dikurniakan secara terhad khas kepada kerabat diraja yang paling kanan, pembesar negeri dan individu yang banyak berjasa kepada negeri dan negara.
SUMBER: