PALSU:
Tular di media sosial sebuah klip video bertajuk “Penang 2nd bridge at 6.00pm yesterday”, yang memaparkan kononnya terdapat ombak besar membadai jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
SEBENARNYA:
Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang ingin menegaskan bahawa satu video yang tular di laman sosial bertajuk “Penang 2nd bridge at 6.00pm yesterday” adalah tidak benar sama sekali.
Untuk makluman, video tersebut dipercayai diambil semasa ombak besar membadai sebuah jambatan di Pulau Minicoy di India tahun lepas.
Tiada insiden sedemikian berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, mahupun di negeri Pulau Pinang.
SUMBER:
Facebook Rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang