PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan ditutup atau dikecilkan.
SEBENARNYA :
Komander Esscom, DCP Datuk Hazani Ghazali berkata, dakwaan kononnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan ditutup atau organisasi itu dikecilkan adalah tidak betul.
Beliau berkata, dakwaan yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini hanya bertujuan melemahkan semangat serta moral pasukan keselamatan Esscom.