PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa, orang awam di Kg Lubuk Pusing, Changkat Kruing telah berjaya menumpaskan sindiket penculikan yang kini beroperasi di sekitar daerah Manjung.
SEBENARNYA:
Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Bin Othman berkata, dakwaan kejadian penculikan kanak-kanak yang tular itu adalah tidak benar.
Suspek yang telah ditangkap adalah membabitkan kes kecurian sarang burung dan dadah di dua lokasi berbeza, bukannya kes culik seperti didakwa.
SUMBER:
Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak