Replika Di Bumbung Menara DBP Dirobohkan Kerana Melambangkan Imej Islam?

TULAR:
1657

PENJELASAN:

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memperjelaskan dakwaan bahawa replika di bumbung menara DBP yang berbentuk seakan rehal itu dirobohkan kerana ia melambangkan imej Islam sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perobohan replika buku tersebut dibuat setelah mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mengesahkan bahawa struktur replika tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat.

Kerja-kerja perobohan replika buku tersebut telah dimulakan pada 12 Julai 2019 dan dijangka siap pada 16 November 2019.

SUMBER:

Facebook Rasmi Dewan Bahawa dan Pustaka

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI