Whatsapp Menawarkan 1000GB Internet Percuma?

TULAR:
1432

WASPADA:

Tular di media sosial berkenaan mesej tawaran 1000 GB internet percuma dari Whatsapp sempena ulang tahun ke-10.

Sumber gambar: Whatsapp

Dari hasil penelitian dan semakan yang di buat, MCMC mendapati bahawa mesej yang tular tersebut adalah tidak benar.

Ia disahkan oleh para penyelidik di ‘ESET‘.
(ESET adalah syarikat keselamatan IT yang menawarkan produk anti-virus dan firewall seperti ESET NOD32).

Menurut mereka pautan didalam mesej tersebut tidak berbahaya atau memuatnaik Melware. Laman tersebut didapati digunakan menjadi hos kepada promosi penipuan yang berpura-pura menjadi syarikat berjenama besar seperti Nestle, Adidas dan Rolex.

Oang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan mesej yang seumpayanya.

SUMBER:

Forbes

welivesecurity


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI