PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat pil paracetamol P/500 yang mengandungi virus ‘Machupo’ dijual di pasaran.
SEBENARNYA:
Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan yang tersebar dalam laman sosial kononnya terdapat pil paracetamol P/500 yang mengandungi virus ‘Machupo’ dijual di pasaran.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pil jenis Aeknil yang disebarkan dalam media sosial berwarna putih berkilat berbeza dengan yang didaftarkan dengan kementerian.
Katanya, kementerian setakat ini tidak menerima sebarang laporan atau amaran berkenaan pencemaran paracetamol dari pihak berkuasa negara pengilang atau negara lain.
SUMBER :
Kementerian Kesihatan Malaysia