Pasar Chukai Ditutup Mulai 1 April 2020 Adalah Palsu

TULAR:
889

SEBENARNYA:

Berita mengenai penutupan Pasar Chukai bermula pada 1 April 2020 yang mula tersebar adalah TIDAK BENAR. Pihak Majlis Perbandaran Kemaman atau Polis Daerah Kemaman tidak mengeluarkan sebarang arahan penutupan ini. Berikut adalah prosedur yang perlu dipatuhi oleh para pengunjung:

1. Pelaksanaan kawalan keluar masuk ke dalam pasar : hanya SATU PINTU UNTUK MASUK & SATU PINTU UNTUK KELUAR

2. Dihadkan hanya 30 orang sahaja berada di dalam pasar pada satu masa

3. Berada dalam jarak SATU METER antara satu sama lain

SUMBER:

Laman Rasmi Majlis Perbandaran Kemaman


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI