Dakwaan Pihak Polis Hantar Pesakit Suspek COVID-19 Balik Ke Rumah Di Marang, Terengganu Adalah Palsu

TULAR:
1280

SEBENARNYA:

Polis menafikan pesakit suspek koronovirus (Covid-19) dihantar pulang ke rumah seperti yang ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, sejak semalam (30 Mac 2020), tiada pesakit suspek COVID-19 dari hospital dihantar balik ke rumah oleh pasukan khasnya yang ditubuhkan untuk membantu mengiring petugas Kementerian Kesihatan (KKM) berkait dengan pesakit Covid-19.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tular yang kononnya tidak membenarkan orang ramai ke pasar raya di sekitar Marang kerana pesakit suspek Covid-19 yang baru dihantar pulang ke rumah oleh polis keluar ke pasar raya meskipun tidak dibenarkan keluar ke mana-mana.

“Buat pengetahuan umum, pasukan khas kami yang terdiri daripada seorang pegawai dan enam anggota tidak ada menghantar pesakit suspek Covid-19 balik ke rumah seperti yang didakwa dan ditularkan.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI