PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengadakan temuduga terbuka pada bulan November 2016.
Sumber gambar : Facebook
SEBENARNYA :
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikanakan mengadakan temuduga terbuka dan ujian fizikal bagi jawatan konstabel di seluruh negara seperti yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp baru-baru ini.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata “Pengumuman rasmi mengenai pengambilan sebarang jawatan polis hanya dibuat melalui portal rasmi PDRM dan Facebook rasmi” katanya.
SUMBER :
Facebook Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia