Hakisan Di Cerun Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands?

TULAR:
818

PENJELASAN :

Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Perak memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat hakisan cerun di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gamabr : Berita Harian

Gambar hakisan cerun di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang menjadi viral dalam media sosial, merupakan gambar lama, demikian menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Perak. Jabatan itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya berkata gambar yang dirakamkan di FT185 Seksyen 44 jalan berkenaan adalah imej pada hujung tahun 2014.

Kenyataan itu menyebut bahawa kerja penanaman cerucuk penahan atau “bored pile retaining structure” di lokasi berkenaan telah dilakukan dengan diselia oleh JKR Kinta dan siap awal tahun ini.

Sementara itu, pemangku ketua pengarah JKR Datuk Ir Dr Roslan Md Taha berkata, tiada sebarang pergerakan baharu hakisan dikesan di Seksyen 44, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands seperti yang diviralkan. Beliau berkata, kerja-kerja pengukuhan menggunakan kaedah “tie back wall”, “soil nailing” dan “piled raft” dilaksanakan untuk memastikan struktur jalan berada dalam keadaan stabil bagi mengelakkan hakisan serta runtuhan terus merebak.

Pemeriksaan secara visual tapak juga telah dilaksanakan di tapak pada 15 Julai 2016, dan didapati tiada sebarang pergerakan baru dikesan ke atas struktur jalan dan tembok penahan di kawasan tersebut.

SUMBER : 

Facebook Jabatan Kerja Raya Negeri Perak

Berita Harian

The Malaymail Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI