Van Polis Diletupkan DAESH/ISIS Di Jalan TAR?

TULAR:
548

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa sebuah van milik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbakar di Jalan Tunku Abdul Rahman angkara kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Gambar hiasan. Sumber: mynewshub.cc

SEBENARNYA :

Polis Kuala Lumpur menafikan kejadian sebuah van terbakar di Jalan Tuanku Abdul Rahman angkara kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Amar Singh Ishar Singh berkata, viral di laman sosial yang mengatakan van jenis Toyota itu dibom oleh pengganas IS adalah tidak benar dan kebakaran itu berpunca daripada masalah teknikal.

Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai tidak terpedaya dengan berita palsu yang diviralkan menerusi laman sosial.

SUMBER :

Polis Diraja Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI