Polis Daerah Putrajaya menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengenakan saman kepada seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya di Presint 8, kerana tidak memakai sarung tangan ketika bertugas, seperti yang tular di media sosial.
Menurut polis, pekerja itu disaman kerana tidak mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu tidak mendaftar melalui aplikasi MySejahtera termasuk tidak memeriksa suhu badan ketika bertugas.