PENJELASAN :
Kementerian Pendidikan memperjelaskan dakwaan bahawa pelajar yang bermasalah disiplin di sekolah akan menjalani program pemulihan di penjara pemulihan di penjara dan lokap dalam usaha memerangi gejala sosial di sekolah, sepertimana yang tular di media sosial.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program tersebut bukan bermakna pelajar perlu dimasukkan ke penjara atau lokap sebaliknya lebih kepada ‘lawatan’ pendedahan kepada mereka mengenai fungsi serta peranan penjara dan lokap kepada seseorang yang melakukan kesalahan atau jenayah.
Melalui program itu, katanya, pelajar yang bermasalah akan diberikan kaunseling dan penerangan oleh pegawai penjara mengenai undang-undang dan kesalahan-kesalahan yang boleh menyebabkan seseorang di penjara atas perbuatan yang dilakukan.
SUMBER :