PLUS Tutup Semua Lorong Tambah Nilai Mulai 29 Ogos 2017?

TULAR:
806
Sumber gambar: RoadsMalaysia Blog

PENJELASAN :

PLUS memperjelaskan dakwaan bahawa semua lorong tambah nilai akan ditutup sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : PLUS

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata penutupan semua 134 lorong tambah nilai bagi membantu melancarkan operasi di plaza-plaza tol sempena cuti umum Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha adalah amat perlu bagi mengelak kesesakan akibat pengguna lebuh raya yang beratur untuk membuat transaksi tambah nilai.

Penutupan ini akan bermula 29 Ogos dan berakhir pada 4 Sept.
Sebagai alternatif, pengguna lebuh raya boleh membuat transaksi tambah nilai di 9,200 lokasi lain seperti mesin ATM, di kedai serbaneka dan stesen-stesen minyak.

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI