PENJELASAN:
Kementerian Pendidikan memperjelaskan dakwaan bahawa pelajar bukan Islam adalah tidak dibenarkan memakai baju kurung sebagai uniform sekolah.
Menurut Kementerian Pendidikan, mereka tidak pernah mengeluarkan garis panduan berkaitan etika pakaian yang melarang pelajar perempuan bukan Islam dari memakai baju kurung.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan semua sekolah supaya tidak mengeluarkan peraturan yang tidak selari dengan dasar kementerian.”Jangan kenakan peraturan yang tidak disuruh (kementerian). Pemakaian baju kurung (oleh bukan Islam) amat digalakkan kerana ia adalah pakaian kebangsaan,” katanya.
SUMBER :