PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononya seorang pelajar nyaris diculik di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah oleh dua individu yang menaiki van berwarna putih.
SEBENARNYA:
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pelajar lelaki tingkatan satu sebuah sekolah menengah yang mengaku nyaris diculik, hanya membuat cerita yang tidak benar berkaitan cubaan penculikannya oleh dua individu yang menaiki van berwarna putih.
Menurut Hamzah, pelajar berkenaan juga telah menarik semula laporan polis yang telah dibuat di Balai Polis Pandan Indah. “Tujuan pengadu mereka-reka cerita adalah dia tertekan kerana tidak dibenarkan banyak bermain serta perlu tumpukan kepada pelajaran.”
SUMBER :