PENJELASAN:
Kementerian Pendidikan memperjelaskan dakwaan bahawa pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah lemah, berikutan terdapat masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menteri Pendidkan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menyelar dakwaan bahawa pelaksanaan RMT di sekolah lemah, berikutan terdapat masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar
Menurut beliau, setakat ini pihak kementerian tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu selain kementerian sentiasa memastikan kebajikan pelajar terutamanya daripada golongan miskin terbela.
“Guru-guru kelas juga peka kepada masalah pelajar, kalau pelajar mereka tidak makan, guru-guru akan tahu dan tidak akan membiarkan perkara itu berlaku. Sepatutnya buat kajian berapa banyak sekolah yang dapat RMT ini buatlah ‘sampling’ (persampelan) sekurang-kurangnya lima atau enam buah sekolah yang dikatakan miskin itu lepas itu baharu buat komen.”