PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat peluang latihan kemahiran yang menggunakan nama Satu Belia Satu Kemahiran yang disangka daripada Majlis Belia Malaysia (MBM).
SEBENARNYA :
Pihak Sekretariat 1Belia 1Kemahiran Majlis Belia Malaysia menafikan bahawa hebahan tular peluang latihan kemahiran yang tersebar luas adalah daripada pihak MBM.
Penggunaan nama SATU BELIA SATU KEMAHIRAN juga adalah tanpa pengetahuan MBM dan ianya juga menyebabkan kekeliruan di kalangan belia akar umbi yang menyangka ianya daripada MBM.
SUMBER :