Kejadian Puting Beliung Di Labuan?

TULAR:
415
Gambar hiasan.Sumber gambar : Bomba Malaysia

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya terdapat kejadian puting beliung di Labuan.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan menafikan menerima apa-apa laporan berkaitan kejadian puting beliung di pulau ini seperti tersebar dalam laman sosial.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Labuan berkata, pihaknya hanya menerima beberapa laporan pokok tumbang disebabkan angin kencang.

“Tiada laporan berhubung kerosakan harta benda sama ada bangunan atau kenderaan yang dibadai ribut atau dihempap pokok. Kita juga tidak terima laporan berkaitan puting beliung,” katanya ketika dihubungi.”

 

SUMBER: 
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI