PENJELASAN :
Kementerian Pengangkutan memperjelaskan dakwaan bahawa pengguna jalan raya boleh memandu melebihi had laju sebelum penguatkuasaan AES bermula 1 September ini, sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan pengguna jalan raya yang beranggapan boleh memandu melebihi had laju sebelum penguatkuasaan AES bermula 1 September ini adalah mereka yang berfikiran tidak matang, kerana penguatkuasaan had laju juga adalah di bawah bidang kuasa pihak polis.
“ Dua minggu boleh memandu laju? Ini pemikiran tidak matang kerana penguatkuasaan bukan sahaja pada JPJ tetapi juga polis trafik.”
Beliau juga memaklumkan, tindakan telah diambil supaya pihak polis dapat mempertingkatkan lagi penguatkuasaan sepanjang tempoh berkenaan. “Saya sudah arahkan Ketua Pengarah JPJ mingggu lalu untuk memaklumkan polis bagi mempertingkatkan penguatkuasaan sepanjang tempoh terbabit.”
SUMBER :