Pembatalan Saman Tertunggak AES Jejaskan Pendapatan Kerajaan?

TULAR:
267

PENJELASAN :

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memperjelaskan dakwaan bahawa pembatalan saman tertunggak Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan menjejaskan pendapatan  kerajaan sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pembatalan saman tertunggak Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bernilai kira-kira RM435 juta dilakukan kerana perjanjian dahulu adalah berat sebelah dan sebarang kutipan yang akan dibuat tidak mendatangkan hasil kepada kerajaan.

Kerajaan terdahulu telah mengurangkan kadar saman daripada RM300 kepada RM150, kerajaan terikat untuk menyerahkan sepenuhnya hasil kutipan kepada dua syarikat pengendali sistem berkenaan.

Katanya, berdasarkan perjanjian, syarikat-syarikat berkenaan berhak mendapat dua tier bayaran iaitu RM16 untuk setiap saman dan tier kedua adalah 50 peratus dari nilai sebenar saman RM300.

“Bagi mereka yang mempersoalkan kerajaan hilang sumber pendapatan, ia tidak hilang pun sebab kalau kutip, kita tidak dapat pun hasil.”

SUMBER : 

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI