Pemandu Kenderaan Boleh Memandu Melebih Had Laju Sebelum Penguatkuasaan AES 1 September 2018?

TULAR:
680

PENJELASAN :

Kementerian Pengangkutan memperjelaskan dakwaan bahawa pengguna jalan raya boleh memandu melebihi had laju sebelum penguatkuasaan AES bermula 1 September ini, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan  pengguna jalan raya yang beranggapan boleh memandu melebihi had laju sebelum penguatkuasaan AES bermula 1 September ini adalah mereka yang berfikiran tidak matang, kerana penguatkuasaan had laju juga adalah di bawah bidang kuasa pihak polis.

“ Dua minggu boleh memandu laju? Ini pemikiran tidak matang kerana penguatkuasaan bukan sahaja pada JPJ tetapi juga polis trafik.”

Beliau juga memaklumkan, tindakan telah diambil supaya pihak polis dapat mempertingkatkan lagi penguatkuasaan sepanjang tempoh berkenaan. “Saya sudah arahkan Ketua Pengarah JPJ mingggu lalu untuk memaklumkan polis bagi mempertingkatkan penguatkuasaan sepanjang tempoh terbabit.”

SUMBER :

Berita Harian

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI