Tiada Tindakan KKM Berhubung Prosedur Suntikan Pemutihan Kulit Tanpa Pentauliahan?

TULAR:
446

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan bahawa pelbagai penawaran produk tanpa pentauliahan seperti prosedur pemutihan kulit melalui suntikan yang berleluasa kini adalah kerana tiada tindakan dari pihak kementerian, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, Kementerian Kesihatan sedang meningkatkan penguatkuasaan terhadap perkhidmatan terapi estetik dan kosmetik bagi menangani penawaran khidmat kecantikan yang melanggar undang-undang.

Mengulas laporan mengenai seorang wartawan yang tersalah suntik lima kali ketika cuba mendapatkan suntikan pemutihan di ibu negara, Dzulkefly berkata, mana-mana pusat yang menawarkan perkhidmatan pengamal perubatan tidak bertauliah akan diambil tindakan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

“Setiap kali aduan dibuat, kami ambil perhatian dan terus berikan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan susulan. Anda bertanggungjawab untuk ambil tahu ke mana anda pergi. Jangan bila sudah cacat atau berlaku apa-apa kemudaratan, baru mahu salahkan pihak lain.”

Dr Dzulkefly turut menambah, tiada keperluan buat masa ini untuk meminda mana-mana akta atau peruntukan kerana ia sememangnya sudah lengkap bagi mengekang ‘pakar kecantikan palsu’, dan apa yang penting kini adalah tindakan penguatkuasaan dan pemantauan.

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI