PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa pembinaan rumah mampu milik di kawasan Taman Rimba Kiara bakal menjejaskan kawasan taman rimba tersebut.
SEBENARNYA:
Projek pembangunan perumahan mampu milik dan pangsapuri perkhidmatan tidak melibatkan kawasan Taman Rimba Kiara di Taman Tun Dr. Ismail.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil kira pelbagai aspek dalam mempertimbangkan cadangan pembangunan.
Menurutnya, antara aspek yang diberi perhatian termasuk potensi tapak cadangan berdasarkan Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 dan keupayaan infrastruktur bagi menampung pembangunan dicadangkan.
“Selain itu, pematuhan kepada kehendak teknikal perancangan berkaitan pematuhan kawasan ‘plinth’, anjakan bangunan, kawasan lapang, penyediaan kemudahan dan tempat letak kereta. Pemaju tidak dibenarkan membuat apa-apa cadangan pembangunan yang melibatkan taman awam sedia ada,”
SUMBER :