Air Kangen Punyai Pelbagai Kelebihan Kesihatan?

TULAR:
621

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Air Kangen mempunyai pelbagai akuan kesihatan.

Sumber Gambar : KKM.

 


SEBENARNYA :

Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di samping itu, Seksyen 17 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa iklan sesuatu makanan tidak boleh mempunyai sebarang akuan kesihatan.

Setelah diteliti, penjualan dan pengiklanan air Kangen didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang seperti di atas dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sediada terhadap penjualan dan pengiklanan air Kangen yang didakwa mempunyai pelbagai akuan kesihatan.

SUMBER :

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI