Pembangunan Rumah Mampu Milik Bakal Jejaskan Taman Rimba Kiara Sebagai Taman Awam?

TULAR:
747

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa pembinaan rumah mampu milik di kawasan Taman Rimba Kiara bakal menjejaskan kawasan taman rimba tersebut.

Sumber gambar: New Straits Times.

SEBENARNYA:

Projek pemba­ngunan perumahan mampu milik dan pangsapuri perkhidmatan tidak melibatkan kawasan Taman Rimba Kiara di Taman Tun Dr. Ismail.

Menteri Wilayah Per­sekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini ke­rana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil kira pelbagai aspek dalam mempertimbangkan cadangan pembangunan.

Menurutnya, antara aspek yang diberi perhatian termasuk potensi tapak cadangan berdasarkan Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 dan keupayaan infrastruktur bagi menampung pembangun­an dicadangkan.

“Selain itu, pematuhan kepada kehendak teknikal perancangan berkaitan pematuhan kawasan ‘plinth’, anjakan bangunan, kawasan lapang, penyediaan kemudahan dan tempat letak kereta. Pemaju tidak di­benarkan membuat apa-apa cadangan pembangunan yang me­libatkan taman awam sedia ada,”

SUMBER :

Utusan Malaysia

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI