Kapsul Plasenta Baik Untuk Kesihatan?

TULAR:
420

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa kapsul plasenta mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, terutamanya buat ibu yang baru melahirkan bayi sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata, mereka telah menerima aduan mengenai penjualan kapsul plasenta yang berleluasa kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan KKM mendapati produk aduan iaitu kapsul plasenta yang diiklankan adalah produk tidak berdaftar.

Oleh yang demikian, orang awam tidak digalakkan untuk mengambil produk tidak berdaftar ini kerana keselamatan penggunaan produk – produk tersebut adalah tidak dapat dijamin.

SUMBER:

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI