PDRM Beri Amaran Serangan Militan IS Di Kuala Lumpur?

TULAR:
368

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan amaran serangan militan IS di sekitar Kuala Lumpur.

Mesej dalam bahasa Inggeris itu mengatakan Publika, Bangsar, The Curve, Mid Valley, Menara Kuala Lumpur, Hartamas, Bukit Bintang dan kawasan sekitar Kuala Lumpur ialah antara lokasi serangan militan IS.

Gambar hiasan. Sumber: twitter.com/KBAB51

SEBENARNYA :

Bukit Aman menafikan mengeluarkan amaran kepada orang awam berhubung larangan berada di beberapa lokasi tumpuan di ibu negara yang kononnya menjadi sasaran serangan bom pengganas militan Kumpulan Negara Islam (IS).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitter beliau mengatakan amaran itu tidak dikeluarkan oleh PDRM.

SUMBER :

Berita Harian

Twitter: Tan Sri Khalid Abu Bakar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI