Tuduh Orang Awam Mencuri Sebelum Diperas Ugut, Taktik Penjenayah?

TULAR:
308
Sumber gambar : PDRM

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan taktik Push-Pocket, satu bentuk jenayah peras ugut.

Sumber gambar: Astro Awani.

Ketua Polis Negara ,Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan bahawa modus operandi push-pocket ini adalah memasukkan barang tertentu seperti telefon bimbit atau dompet ke dalam poket mangsa tanpa disedarinya di tempat-tempat sesak.Pemeras ugut ini kemudian bersama seorang ‘saksi’ akan mendekati mangsa dan menuduhnya mencuri barang miliknya sambil membuat kecoh.

Suspek seterusnya menawarkan kepada mangsa untuk menyelesaikan kes itu jika mangsa membayar sejumlah wang, atau kes itu diadukan kepada polis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian ini.

SUMBER :

Utusan Malaysia

Astro Awani

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI