Perkakas Rumah Berbahaya Untuk Kesihatan?

TULAR:
184

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan kajian awal yang dijalankan oleh pihak Malaysian Association of Standard Users bersama Greenfinite Sdn Bhd mendapati bahawa kesemua lapan (8) perkakas dapur seramik yang diuji mereka dengan kaedah X-ray Fluorescence Spectrometry mengandungi logam berat dan bahan kimia pada paras yang tinggi dimana ia akan memberikan risiko yang tinggi kepada kesihatan pengguna tanpa mereka menyedarinya sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : The Star

Merujuk kepada artikel tersebut, Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan bahawa kaedah analisis X-ray Fluorescence Spectrometry yang digunakan oleh pihak Malaysian Association of Standard Users adalah berbeza dengan kaedah yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan.

Malaysian Association of Standard Users menggunakan kaedah analisis X-ray Fluorescence Spectrometry untuk mengukur kandungan logam berat yang terdapat dalam perkakas dapur seramik dan bukannya kandungan logam berat yang dibebaskan oleh perkakas dapur seramik. Dalam hal ini, kaedah analisis yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sepertimana yang diperuntukkan dalam subperaturan 28(4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah lebih sesuai kerana ia menganalisa kandungan logam berat yang dibebaskan oleh perkakas dapur seramik ke dalam makanan bagi tujuan menilai risiko kepada pengguna.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan telah menjalankan pemantauan ke atas perkakas dapur seramik yang dijual di pasaran dan sehingga kini hasil pemantauan menunjukkan bahawa hanya satu (1) perkakas dapur seramik dikesan membebaskan logam berat plumbum melebihi had yang dibenarkan.

SUMBER:

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI